Akaun alfalah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Buku "Ku Cium Haruman Syurga"

"KU CIUM HARUMAN SYURGA"

sebuah tribute buat Al-Marhumah Nur Hamizah Binti Syariff (1986-2015)



"SABAR.. KENA SABAR YG PALING DALAM."

Kenangan indah dapat menziarahi Ma Almarhumah Nurhamizah pagi tadi. 

"Ma, Ma marah anak-anak tak? " Saya bertanya kepada Ma. 

"Ma jarang marah anak. Sebab kalau Ma marah anak, Ma mudah sedih dan rasa bersalah," jawab Ma. 

"MashaAllah..sabarnya Ma.. Camana Ma sabar ya? " Saya bertanya lagi. 

Ma senyum. Ma berkongsi lagi. 

"Kena SABAR. SABAR yang paling dalam. Memang nak jaga anak-anak kecik ni kita letih. Tapi doa sokmo ke anak-anak. Bukan waktu solat je. Sepanjang masa doakan anak-anak."

Allahu Akbar. 
Saya hayati setiap butiran kata yang keluar dari mulut Ma. 

Patutlah Usu (Almarhumah) sangat sabar. Contoh peribadi solehah itu dipelajari melalui Ma..Subhanallah.

#kuciumharumansyurga


-----------------------------


Ma, Ma anggaplah bila Jah taat kepada suami dan dengan rela hati mengikut suami ke mana sahaja, Allah terima sebagai amal soleh dan mengalir pahala tu kepada Ma juga ya.” Inilah antara bait-bait terakhir almarhumah Nurhamizah kepada ibu yang sangat dikasihinya.

“Kak long dan mak seperti kawan karib. Setiap kali Kak long ada masalah, Kak long tidak akan segan silu merujuk kepada mak. Malah mak tidak akan lupa ayat-ayat Kak long pada hari-hari akhir Kak long di rumah mak. “Mak, mak adalah idola Kak long. Kak long nak mencontohi mak.” Berulang kali Kak long mengucapkan ayat sebegitu.” ~ Ibu mertua almarhumah.







Dari penulis "Ku Cium Haruman Syurga" - Ustazah Ainun Mardhiah Ismail


KENAPA SAYA BERSUNGGUH SANGAT TULIS KISAH INI?
.
Buku ini menceritakan kisah hidup sahabat saya, Almarhumah Nurhamizah binti Mohd Shariff, seorang wanita solehah yang menghafaz Al-Quran dan disayangi oleh sekalian ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya. Kami sama-sama menuntut ilmu di Darul Quran JAKIM dan beliau meninggal dunia pada 2 Mei 2015.
.
Apabila menelusuri satu demi satu titipan di dalam buku ini, hati akan terasa benar-benar ingin kembali kepada Allah.

Buku ini ditulis dengan penuh perasaan kasih oleh suami, ibu dan ibu mertua Almarhumah. Bab-bab seterusnya adalah catatan bermakna dari para sahabat yang akrab dan melihat sendiri kehidupan almarhumah sebelum beliau dijemput pergi.
.

Kisah ini dibukukan, bukanlah untuk memuja atau mengagungkannya. 

Tidak sama sekali. 

Malah ini adalah suatu jalan untuk kita sama-sama kembali kepada Allah. 

Beliau manusia seperti kita. 
Punya suami, anak-anak. 
Manusia normal yang mempunyai hati dan perasaan.

Tetapi bagaimana Allah Yang Maha Baik memimpin hati-hati yang ikhlas untuk terus kuat, untuk terus melaksanakan ketaatan dan teguh menjauhi larangan. 

Itulah perkara utama yang kita semua akan belajar dari #kuciumharumansyurga.

Kita semua akan menuruti Almarhumah. 
Kita akan pergi. 
Cuma masanya adalah rahsia. 

Allahu Akbar.
Kerana saat 'misteri' pemergian kita itu sangat mendebarkan, maka bersiap sedialah dari sekarang."

-Ustazah Ainun Mardhiah.



*******************************************




APA FAEDAH YANG AKAN ANDA PEROLEHI DARI BUKU INI?

✔️• Memahami betapa hebatnya Allah menjadikan manusia yang fizikalnya sama seperti kita tetapi bagaimana dia menyusun kehidupannya dengan sangat baik untuk mendapatkan Taqwa.

✔️• Menginsafi bahawa kehidupan ini benar-benar pinjaman dan kita akan kembali kepada Allah.

✔️• Motivasi bagaimana untuk menjadi isteri yang solehah yang penyejuk mata buat suami

✔️• Inspirasi buat semua ibu bagaimana untuk menjadi ibu yang cemerlang dan disayangi oleh anak-anak

✔️• Memahami bagaimana sepatutnya akhlak seorang menantu kepada mertua dan ipar duainya 

✔️• Menjentik rasa ingin berubah dan ingin kembali kepada Allah.
________________________*
*FULLY COLOUR 158 PAGES*


****************************


RM35 SAHAJA

POSTAGE


DAPATKAN SEKARANG

BATCH PERTAMA HANYA 2000 NASKHAH SAHAJA


V

V

V

Jom hadiahkan buku ini buat para wanita solehah disekeliling kita. Ibu, isteri, kakak, adik perempuan, sahabat. Agar tauladan yang baik dapat kita contohi. Dan pahalanya berterusan mengalir buat Almarhumah di sana. inshaAllah..